Friday, February 26, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ana memulakan bicara, ana ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL kepada sahabat2 yang ana kasihi sekalian. Moga kalam ini dapat memuhasabahkan diri kita unuk lebih mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. InsyaAllah. Please Enjoy :)

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, ana berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

•Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
•Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
•Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
•Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
•Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
•Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..


USIA 8 TAHUN

•Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
•Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
•Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
•Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
•Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
•Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
•Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
•Khadijah Binti Khuwailid
•Saudah Binti Zam ' ah
•' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
•Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
•Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
•Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
•Zainab Binti Jahsy
•Maimunah Binti Harith
•Safiyah Binti Huyai bin AkhtabZainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Tujuan megkaji riwayat hidup Rasullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini adalah satu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian menyesuaikannya dengan contoh khalifah Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

Yang bermaksud:
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (uswatun-hasanah), iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (Al-Ahzab 33:21)

Wallahualam

Tuesday, February 9, 2010

Dunia Tanpa Azan


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memulakan bicara, ana ingin sentuh sedikit berkenaan Paper/Majalah yang ana baru ketahui.. Selepas tamat kuliah pagi, ana mahu pulang asrama. Sebelum pulang, sempat lagi ana melihat sekumpulan orang berbaju oren sedang mempromosikan sesuatu kepada pelajar2. Terdetik di hati ana untuk turut melihat. Kemudian seorang ukhti mendekati ana, menunjukkan satu akhbar kepada ana.. Menurut beliau, akhbar ini baru sahaja diterbitkan. Tertarik dengan akhbar itu, ana membelinya.

I LUV ISLAM, nama akhbar diberi. Diterbitkan oleh kumpulan karangkraf dengan kerjasama laman web iluvislam yang selalu sahabat2 layari. Antara isi kandungan yang ana gemari ketika membaca akhbar ini ialah on sudut Agama & Sains.

Terfikir sejenak tatkala membaca head title ruangan itu. Apa akan terjadi kepada dunia apabila tiada azan berkumandang. Menurut penulis artikel, Dr Azhar Sarip.. Jika suatu hari nanti tiada azan, dunia bakal tidak keruan. Itu tandanya kiamat.

Azan akan berkumandang 24 jam 7 hari tanpa henti di bumi. Itu salah satu tandanya kekuasaaan Allah s.w.t yang kita x nampak dgn mata kasar. Azan bukan sekadar petanda waktu solat, tetapi lebih dari itu.

Jika bayi baru lahir, kita azan. Jika ke Mekah, sebelum keluar rumah kita azan. Dan Sebelum seseorang dikebumikan, kita mengazankannya sebelum keluar meninggalkan rumah yang diduduki.

Azan itu menjadi pengingat kepada kita bahawa Allah itu Esa dan Hebat. Menurut Dr. Azhar, 90% drpd penduduk dunia dudk dalam tekanan. Apabila azan dilaungkan, gelombang ini menjadi stabil sekaligus menurunkannya ke gelombang theta.

Jika azan tidak berkumandang lagi, nescaya tiada lagi gelombang yang dpt menstabilkn bumi. Astagfirullah, mudah2han kita dijauhkan dari musibah ini. "Ya Allah, kepadaMu aku berserah dan bertakwa.Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"