Friday, April 23, 2010

Insan Yang Dikasihi

Bismilaahirahmanirrahim.
Peringatan buat diriku dan dirimu...

Insan Yang Dikasihi...

Peliharalah auratmu walau di mana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki bukan mahrammu.

Insan Yang Dikasihi...
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan mahrammu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga2 dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Insan Yang Dikasihi...
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau berbahagia. Sejuk mata memandang, bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu.

Insan Yang Dikasihi...
Jadikan dirimu seperti permata berharga dicelahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya. Al-Quran panduan hidupmu dan hadith sumber rujukanmu.

Insan Yang Dikasihi...
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus pemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.

InsyaAllah...
sumber:PMH

Friday, April 16, 2010

HARAPAN MUSLIMAH BUAT MUSLIMUN


Bismillahirrahmanirrahim...

Jangankan lelaki biasa, Nabi SAW pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang brngkok utk diluruskan oleh lelaki. Tapi kalau lelaki sendiri yg tidak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka.

Luruskan wanita dgn cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jgn hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita, yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca kuatkan dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanla kerana disitulah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan berhibur dan berbahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi Miss World, president ataupun prime minister.

Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan dari perempuan dirosakkan oleh lelaki.

Para lelaki diharap jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Jinakkan diri dengan Rabb, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan muslimin.

"Hendaklah engkau selalu berada di majlis pera ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmah sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat"

Wallahualam