
http://kpa2u.blogspot.com/2010/09/aturcara-majlis-perasmian-menara-hpaic.html
Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.
PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.
Menerima Anugerah Pengarah Jati MahkotaKalau badanmu sihat, Senanglah hatimu,
Tandanya telah ternyata pada dirimu,
Kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya Kerana badan yang sihat,
Mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan,
Dan menempuh padang kesulitan,
Dan kalau engkau sakit, Senangkanlah hatimu,
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu,
Adalah medan tempat perjuangan,
Di antara dua alam yang dijadikan Tuhan,
Iaitu kesihatan dan kesakitan,
Kemenangan akan terjadi
pada salah satu yang kuat,
Kesembuhan mesti datang
sesudah perjuangan itu,
Baik kesembuhan
di dunia atau kesembuhan sejati…
SYAUQAH UMAIRAH | |
S | Suci |
Y | Yakin |
A | Amanah |
U | Untung |
Q | Qualiti |
A | Alim |
H | Harum |
U | Ulung |
M | Mesra |
A | Abadi |
I | Ikhlas |
R | Ramah |
A | Asli |
H | Harum |
Apa ada pada nama? |