Sunday, October 31, 2010

Produk & Perniagaan berasaskan Syariah




# Produk suci, bersih dan berkesan, dibuat oleh tangan orang Islam – pekerja muslimin dan muslimat.


# Produk herba HPA tidak meninggalkan kesan sampingan malah boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas.


# Semua pekerja diwajibkan berwuduk sebelum memasuki kilang untuk memulakan kerja.


# Setiap pagi (pukul 10.00 pagi), pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas.


# Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil, tiada keraguan dan tiada perangkap. Mendapat pengikitirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultasi Muslim Indonesia.


# Tidak terlibat dengan riba’ – HPA tidak meminjam wang daripada institusi kewangan.


# Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100%-dikeluarkan oleh Halal Gel Sdn Bhd


# Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM.


# Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.

Sunday, October 17, 2010

Syabas HPA

Barakallah....

HPA telah membuktikannya. Semoga perjuangan HPA dalam membantu ekonomi ISLAM dan org Islam diberkati Allah SWT. Ana tumpang gembira dengan kejayaan bisnes yang ana perjuangkan bersama. Produk Halal Tnggungjawab Bersama

''Jalan kebenaran indah terbentang, di depan matamu para pejuang"

Saturday, September 25, 2010

PERASMIAN BANGUNAN RM 54 JUTA



http://kpa2u.blogspot.com/2010/09/aturcara-majlis-perasmian-menara-hpaic.html

Monday, September 20, 2010

KEJAYAAN BERSAMA HPA

Untuk berjaya dan menjayakan orang lain, bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlu banyak sabar, banyak pengorbanan, rela menempuh kepayahan dan perlu bersedia mengharungi duri dan ranjau. Dalam usia yang terlalu muda bersama HPA, PJS Syed Ageel Syed Mohd Mahayadin telah membuktikan kepada kita semua bahawa jika bermula dengan niat yang betul, dilakukan dengan cara yang betul, pasti hasilnya akan berlipat kali ganda. Kata-kata daripada Imam Al-Ghazali menjadi pemangkin dan cetusan semangat kepadanya:


“ Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya”.


Anak muda kelahiran Pulau Pinang ini mula menceburkan diri bersama HPA pada Ogos 2006. Walaupun pada peringkat awalnya beliau tidak mempercayai system MLM ini, namun lama- kelamaan beliau makin bertambah yakin dan nampak peluang yang terhidang di hadapan. Kesan dari Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC ) pada Oktober 2006 di Sungai Petani menjadikan PJS Syed Ageel semakin hari semakin bersemangat untuk berjuang dan bergelumang dengan dunia barunya, HPA.

PJS Syed Ageel sanggup berhenti kerja. Beliau melepaskan jawatan sebagai Juru Audit Kanan di Penang Port pada Mac 2008 semata-mata mahu memberi tumpuan kepada perjuangan HPA. Ramai kawan-kawan mengatakan beliau tersilap dan “sudah gila”. Jawatan besar dan pendapatan yang lumayan sanggup ditinggalkannya. Sebagai seorang yang berprinsip dan tegas, PJS Syed Ageel mula menghayun langkah tanpa menoleh ke belakang. Beliau menggempur HPA habis-habisan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.

Menerima Anugerah Pengarah Jati Mahkota

Daripada seorang yang pemalu dan pendiam, malah kurang bercakap, akhirnya PJS Syed Ageel mula bertukar watak dan sifat. Beliau keluar ke tengah-tengah masyarakat dengan membina jaringan dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Perak, Kedah malah beliau berkelana hingga ke Negara Brunei Darussalam, Medan dan Palembang di Indonesia.

Dalam tempoh dua tahun sahaja, PJS Syed Ageel berupaya mencipta kejayaan dengan memperoleh pendapatan bulanan 5 angka sebulan. Bukan itu saja, beliau juga telah dinobatkan sebagai TOP 20 HPA dalam KONVEK ’09 yang lalu dan meraih anugerah mengerjakan IBADAH HAJI ke Tanah Suci Kota Mekah. Kini namanya sudah sebaris dengan nama-nama besar yang lama dalam HPA. Beliau merupakan Pengarah Jati Mahkota (PJM) dan tersenarai dalam 20 pemimpin terbaik HPA Malaysia bagi tahun 2008-2009.

Tahniah PJS Syed Ageel.

sumber: http://hpa.com.my/metrohpa/?p=326

Tuesday, August 31, 2010

RFC (Radix Fried Chicken)


Untuk maklumat alamat restoran : www.hpa.com.my

KHASIAT DALAM UBAT GIGI HERBA HPA TANPA FLORIDA


Ubat gigi herba dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih

Antara kelebihan:-
1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM.
2. Diperbuat daripada sumber semulajadi.
3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang.
4. Tidak mengandungi florida dan bahan kimia yang merbahaya.
5. 100% HALAL dan mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi
6. Sesuai untuk pengguna-pengguna muslim dan vegetarian.

Kesan menggunakan ubat gigi herba, nafas menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.

Khasiat Daun Mambu (Azadirachta Indica).
Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.

Khasiat Bunga Cengkih (Eugenia Caryphyllata.)
Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.

Komposisi (200g per tiub) :-
Daun Mambu (Azadirachta Indica).
Bunga Cengkih (Eugenia Caryphyllata).

Harga Pengguna :-
Semenanjung : RM6.50
Sabah/Sarawak : RM7.00

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM 5.60
Sabah & Sarawak : RM 6.00
Nilai Mata (NM) : 2

Wednesday, July 7, 2010

AMARAN

Assalamualaikum... Sedarlah sahabat akan apa yang anda makan..

Firman Allah SWT: “Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Al-Baqarah, ayat 168). Sabda Rasulullah SAW: “Memilih yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam kerana setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya.” (HR Ahmad).

Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Barangsiapa menjauhinya, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya sebaliknya barangsiapa memasuki syubhah, ia telah memasuki keharaman, seperti halnya penggembala yang menggembala di sekitar batas (tanahnya), tidak lama ia akan jatuh ke dalamnya”. (HR Bukhari dan Muslim)


Renunglah sejenak. Apakah kita bebas dari makanan haram dan syubhat?


Candy ini dijual di 7eleven (Produk AS dan Israel)




Please take not that all chocolate, vanilla & coffee drinks at Coffee Bean and Starbucks contains E471, mono di-glycefide which is from animal origin (pork fat), Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & tiramisu contains RUM

...adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yg kini sudah berusia 40 tahun, kalau dihitung mungkin sudah termakan sekor babi secara syubhah

Sedarlah wahai saudara-saudaraku, selama dan hingga hari ini, apa yang telah masuk ke dalam mulut kita, anak2 kita adalah makanan & minuman hampir semuanya shubhah.

BERTINDAKLAH!!!

Bersama kami mencari, mengguna dan menghebahkan produk2 yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% bumiputera Muslim.

Kalau anda mendaftar sekarang, selangkah kaki anda sudah berada di jalan perjuangan untuk ISLAM.





Friday, June 18, 2010

Rejab, Bulan Allah


Assalamualaikum... Alhamdulillah dengan izin Allah, ana diberi kesempatan utk menyampaikan sedikit ilmu yg dicurahkan oleh Yg Maha Esa utk dikongsi bersama... Di sini ana ingin berkongsi sedikit info tentang keistimewaan dan amalan di bulan Rejab... Moga ianya memberi manfaat kepada sahabat2 di bulan yang penuh barokah ini... InsyaAllah

Puasa 1 hari-mendapat keredhoan yg besar drpd Allah

Puasa 2 hari-mendapat kemuliaan drpd Allah

Puasa 3 hari- Diselamatkan oleh Allah drpd bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajal


Puasa 7 hari- ditutup 7 pintu neraka


Puasa 8 hari- dibuka 8 pintu syurga


Puasa 10 hari- Allah akan memakbulkan permintaan


Puasa 15 hari- Allah akan menghapus dosa lalu & mengganyi smua kejahatan dgn kebaikan


Tambahan puasa menambahkan pahalanya


Mmbaca surah al-ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih


Mmbaca al-Quran


Bykkn doa & beristighfar


*Jangan dilupa amalan wajib setiap hari

Wallahualam

sumber: Indahnya Hidup Bersyarat: Dato' Ismail Kamus

Saturday, May 15, 2010

Why we read Al-Quran if we don’t understand it.


Assalamualaikum. Thanks to my friend who gives such a beautiful story. May Allah bless you.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa wake up early sitting at the kitchen table reading his Quran.

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.


The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breathe, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket...." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.


Wallahualam

Thursday, May 13, 2010

Cinta Rabi'ah al-Adawiyah


Bismillahirahmanirranim

Rabi'ah al-Adawiyah adalah wanita yg utuh dlm mengabdikan dirinya kepada Allah, hidupnya untuk dan demi Sang Kekasih Sejati Cinta.Sesiapapun x mampu menembusi hatinya, kerana ada satu cinta dihatinya,iaitu cinta kepada Rabb. Antara bait syairnya



Kucintai Engkau, wahai Kekasihku dengan dua cinta

Cinta kerana dorongan hasrat dan naluri kewanitaanku

Dan cinta yang memang Engkau berhak atas diriku

Adapun hasrat yang mendorong cintaku kepadaMu

Membuat diriku masyghul berzikir dan mengingatMu

Sedangkan cintaku yang Engkau berhak atasnya

Menuntun diriku, untuk menyelak tirai penghalang dariMu

Agar aku dapat melihat wajahMu

Wahai Kekasihku... Maka tiada pujian yang layak diterima, untuk dan demi diriku

Namun segenap pujian adalah untuk dan demi DiriMu semata

wallahualam

Sumber: Kisah Cinta Dalam Al-Quran, MISBAH EM MAJIDY


Friday, April 23, 2010

Insan Yang Dikasihi

Bismilaahirahmanirrahim.
Peringatan buat diriku dan dirimu...

Insan Yang Dikasihi...

Peliharalah auratmu walau di mana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki bukan mahrammu.

Insan Yang Dikasihi...
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan mahrammu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga2 dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Insan Yang Dikasihi...
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau berbahagia. Sejuk mata memandang, bercahaya dunia dengan hiasan wanita solehah sepertimu.

Insan Yang Dikasihi...
Jadikan dirimu seperti permata berharga dicelahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya. Al-Quran panduan hidupmu dan hadith sumber rujukanmu.

Insan Yang Dikasihi...
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus pemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.

InsyaAllah...
sumber:PMH

Friday, April 16, 2010

HARAPAN MUSLIMAH BUAT MUSLIMUN


Bismillahirrahmanirrahim...

Jangankan lelaki biasa, Nabi SAW pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang brngkok utk diluruskan oleh lelaki. Tapi kalau lelaki sendiri yg tidak lurus, tak mungkin mampu meluruskan mereka.

Luruskan wanita dgn cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jgn hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita, yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca kuatkan dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanla kerana disitulah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan berhibur dan berbahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi Miss World, president ataupun prime minister.

Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan. lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan dari perempuan dirosakkan oleh lelaki.

Para lelaki diharap jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Jinakkan diri dengan Rabb, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan muslimin.

"Hendaklah engkau selalu berada di majlis pera ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmah sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat"

Wallahualam

Friday, February 26, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ana memulakan bicara, ana ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL kepada sahabat2 yang ana kasihi sekalian. Moga kalam ini dapat memuhasabahkan diri kita unuk lebih mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. InsyaAllah. Please Enjoy :)

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, ana berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

•Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
•Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
•Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
•Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
•Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
•Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..


USIA 8 TAHUN

•Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
•Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
•Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
•Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
•Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
•Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
•Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
•Khadijah Binti Khuwailid
•Saudah Binti Zam ' ah
•' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
•Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
•Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
•Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
•Zainab Binti Jahsy
•Maimunah Binti Harith
•Safiyah Binti Huyai bin AkhtabZainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Tujuan megkaji riwayat hidup Rasullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini adalah satu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian menyesuaikannya dengan contoh khalifah Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

Yang bermaksud:
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (uswatun-hasanah), iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (Al-Ahzab 33:21)

Wallahualam

Tuesday, February 9, 2010

Dunia Tanpa Azan


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memulakan bicara, ana ingin sentuh sedikit berkenaan Paper/Majalah yang ana baru ketahui.. Selepas tamat kuliah pagi, ana mahu pulang asrama. Sebelum pulang, sempat lagi ana melihat sekumpulan orang berbaju oren sedang mempromosikan sesuatu kepada pelajar2. Terdetik di hati ana untuk turut melihat. Kemudian seorang ukhti mendekati ana, menunjukkan satu akhbar kepada ana.. Menurut beliau, akhbar ini baru sahaja diterbitkan. Tertarik dengan akhbar itu, ana membelinya.

I LUV ISLAM, nama akhbar diberi. Diterbitkan oleh kumpulan karangkraf dengan kerjasama laman web iluvislam yang selalu sahabat2 layari. Antara isi kandungan yang ana gemari ketika membaca akhbar ini ialah on sudut Agama & Sains.

Terfikir sejenak tatkala membaca head title ruangan itu. Apa akan terjadi kepada dunia apabila tiada azan berkumandang. Menurut penulis artikel, Dr Azhar Sarip.. Jika suatu hari nanti tiada azan, dunia bakal tidak keruan. Itu tandanya kiamat.

Azan akan berkumandang 24 jam 7 hari tanpa henti di bumi. Itu salah satu tandanya kekuasaaan Allah s.w.t yang kita x nampak dgn mata kasar. Azan bukan sekadar petanda waktu solat, tetapi lebih dari itu.

Jika bayi baru lahir, kita azan. Jika ke Mekah, sebelum keluar rumah kita azan. Dan Sebelum seseorang dikebumikan, kita mengazankannya sebelum keluar meninggalkan rumah yang diduduki.

Azan itu menjadi pengingat kepada kita bahawa Allah itu Esa dan Hebat. Menurut Dr. Azhar, 90% drpd penduduk dunia dudk dalam tekanan. Apabila azan dilaungkan, gelombang ini menjadi stabil sekaligus menurunkannya ke gelombang theta.

Jika azan tidak berkumandang lagi, nescaya tiada lagi gelombang yang dpt menstabilkn bumi. Astagfirullah, mudah2han kita dijauhkan dari musibah ini. "Ya Allah, kepadaMu aku berserah dan bertakwa.Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"