Saturday, October 31, 2009

SAYANGNYA ALLAH S.W.T PADA WANITA



1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.




MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... .kan?

Friday, October 23, 2009

ADAB DENGAN ALLAH S.W.T


1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.

2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"
( Surah Ibrahim - Ayat 34 )

3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......."
( Surah An- Nahl - Ayat 53 )

4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.

5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 )

6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ".
( Surah Al - Maidah - Ayat 23 )
7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." .
( Surah Al-A'raf - Ayat 156 )

8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ".
( Surah An-Nur - Ayat 52 )

9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.

Friday, October 2, 2009

THE BEAUTY OF ISLAM

Assalamualaikum w.b.t

Orang yang bersolat belum tentu dia baik
Tetapi orang yang baik sudah tentu dia bersolat

Orang yang menututp aurat belum tentu dia bermaruah diri
Tetapi orang yang bermaruah diri sudah tentu dia menutup aurat

Orang yang x bercouple belum tentu dia soleh
Tetapi orang yang soleh sudah tentu tidak akan bercouple

Orang yang rajin ke masjid belum tentu alim
Tetapi orang yang alim sudah tentu dia rajin ke masjid

Orang yang menegur kesalahan orang x semestinya dia bagus
Tetapi orang yang bagus akan menegur kesalahan orang lain

sumber:antikapelsedunia.blogspot

Monday, September 7, 2009

NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum wbt...

Ramai diantara kita apabila ditanya... kenapa kita cuti pada 17 Ramadhan, cuti Nuzul Al-quran, apakah yang special sangat pada hari ini sampai kita rakyat Malaysia bercuti... Ramai diantara kita tidak mengetahui disebalik makna cuti Nuzul Al-Quran ini... mereka sekadar menjawab, cuti sebab nuzul Al-Quran la... bukan niat ana untuk mengutuk, sekadar menyampaikan apa yang dikatakan oleh tok imam pada tazkirah tarawikh harini...

Bagi sahabat2 yang mengetahui makna disebalik 17 Ramadhan ini, Alhamdulillah.. Bagi yang belum, jangan khuatir, kita kongsi ilmu. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang membawa maksud: Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan2 yg menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang hak dan batil. Al-Furqon yang dijelaskan di dalam ayat ini membawa maksud perpisahan antara yang benar dan yang salah.

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah menggelarkan Saidina Umar r.a dengan gelaran Al-Faruq kerana Saidina Umar berjaya memisahkan mana yang hak dan batil. Berbalik kepada makna Nuzul Al-Quran tadi, surah diatas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menurunkan Al-Quran melalui malaikat jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w pada bulan Ramadhan iaitu pada malam 17 Ramadhan. sebab itulah hari itu dinamakan Nuzul yang membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Marilah kita sama2 menghayati makna di sebalik Nuzul Al-Quran itu. Wallahualam :)

Wednesday, September 2, 2009

SALAM TA'ARUF

Assalamu'alaikum wbt..

- Salam ukhuwah, salam Nahdah dari ana. Di sini ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-mubharak.
- Lakukanlah sebanyak mungkin amalan pd bulan mulia ini, rebutlah peluang selagi kita bernafas di muka bumi ini, mungkin ini adalah Ramadhan terakhir dalam kehidupan kita, hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya..
- Renung-renungkan dan hayatilah makna Ramadhan itu wahai sahabat2 yang dikasihi Allah. Wallahualam :)

DI SEBALIK RAMADHAN

1) Diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia

2) Pintu2 syurga dibuka, pintu2 Neraka ditutup dan para syaitan diikat

3) Disunatkan solat tarawikh untuk mengikuti jejak Rasulullah dan para sahabat

4) Terdapat Lailatul Qadar, iaitu malam yg lebih baik dari seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. malam dimana pintu2 kemaafan dibuka

5) Terjadi peristiwa besar iaitu Perang Badar.

6) Pembebasan Kota Makkah.

RAMADHAN

Ya Allah, jadikanlah kami segenap umat islam termasuk orang yang puasa pada bulan ini.yang pahalanya sempurna.yang mendapatkan Lailatul Qadar.dan beruntung menerima hadiah dari Tuhan: wahai Dzat Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.