Monday, September 7, 2009

NUZUL AL-QURAN

Assalamualaikum wbt...

Ramai diantara kita apabila ditanya... kenapa kita cuti pada 17 Ramadhan, cuti Nuzul Al-quran, apakah yang special sangat pada hari ini sampai kita rakyat Malaysia bercuti... Ramai diantara kita tidak mengetahui disebalik makna cuti Nuzul Al-Quran ini... mereka sekadar menjawab, cuti sebab nuzul Al-Quran la... bukan niat ana untuk mengutuk, sekadar menyampaikan apa yang dikatakan oleh tok imam pada tazkirah tarawikh harini...

Bagi sahabat2 yang mengetahui makna disebalik 17 Ramadhan ini, Alhamdulillah.. Bagi yang belum, jangan khuatir, kita kongsi ilmu. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang membawa maksud: Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan2 yg menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang hak dan batil. Al-Furqon yang dijelaskan di dalam ayat ini membawa maksud perpisahan antara yang benar dan yang salah.

Nabi Muhammad s.a.w juga pernah menggelarkan Saidina Umar r.a dengan gelaran Al-Faruq kerana Saidina Umar berjaya memisahkan mana yang hak dan batil. Berbalik kepada makna Nuzul Al-Quran tadi, surah diatas jelas menunjukkan bahawa Allah telah menurunkan Al-Quran melalui malaikat jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w pada bulan Ramadhan iaitu pada malam 17 Ramadhan. sebab itulah hari itu dinamakan Nuzul yang membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Marilah kita sama2 menghayati makna di sebalik Nuzul Al-Quran itu. Wallahualam :)

No comments:

Post a Comment