Saturday, January 2, 2010

BEIJING 2009





AsSalamualaikum w.b.t.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, ana dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu setelah tamat semester break (rumah ana xade internet). Maaf dipinta kepada sahabat2 yg mengikuti coretan ana di blog ini.

Alhamdulillah sekali lagi, dengan keizinan Allah s.w.t, Dia memberi kesempatan kepada ana sekeluarga untuk melihat kebesaranNya di dunia. Bukan untuk berbangga diri, Astagfirullah (mudah2an dijauhkan) tetapi sekadar untuk berkongsi keindahan dan kebesaran Allah s.w.t di bumi China.

China merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk. Dianggarkan sebanyak 2 juta penduduk China beragama Islam tetapi kebanyakan penduduk di negara ini tidak mempunyai agama. Antara keistimewaan Negara China adalah terdapatnya salah satu dari 7 keajaiban dunia iaitu Tembok Besar China (Great Wall of China)
TBC dianggarkan sepanjang 8800km, dimana ia merupakan jambatan yang menemukan negara China dan Mongolia. Tembok ini digunakan oleh manusia zaman dahulu untuk bertemu dgn penduduk di antara dua negara. Ia mengambil masa beratus tahun lamanya untuk sampai ke destinasi dgn berjalan kaki sepanjang tembok itu. Masya Allah, kini hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk sampai ke Mongolia dari China dgn teknologi yg dicipta manusia, diberi kebijaksanaan akal oleh Allah s.w.t.

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t juga kami sekeluarga berada dalam keadaan sihat sepanjang berada di sana ketika suhu berada dalam lingkungan -3 hingga 3 darjah Celsius. Kami berpeluang melihat keajaiban dan kebesaran Allah s.w.t di sekitar ibu kota China iaitu Beijing.
Sahabat2 yang ingin pergi ke sana tak perlu khuatir tentang makanan. Disana terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan halal dan thoibah. Apa yang sahabat perlu tahu, sekiranya memasuki restoran, sahabat perlu lihat simbol yang tertera nama ‘matho’am Al-Islami’ (makanan Islam) yang ditulis jawi dan melihat sijil halal yang diberikan oleh kerajaan china di restoran itu.

Sepanjang berada di sana, ana kagum melihat masjid2 yang cantik dan tersergam indah di China. Seperti yang sahabat2 lihat di gambar, ayat2 Allah s.w.t diukir di tiang masjid (solat itu tiang agama), dan di sekitar bumbung yang diperbuat daripada kayu, dihiasi dengan warna2 yang cerah untuk kita berfikir sejenak tentang keindahan Islam secara menyeluruh. Keadaan di luar yang dingin dan sejuk menjadi hangat dan tenang ketika melangkah masuk ke rumah Allah itu…Allahuakbar.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya ana gembira berada di sana dan juga bersyukur berada di Malaysia kerana cuaca yang tidak sejuk, tidak panas berbanding dengan negara2 lain. Juga bersyukur dengan keharmonian yang Allah berikan kepada negara Malaysia. Mudah2an Allah s.w.t memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada muslimin yang berada di negara lain. InsyaAllah.

Segala yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, dan yang kurang itu datang dari kelemahan ana sendiri. Astagfirullah... Wallahualam :)

"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)..." (Surah AN-Nahl, Ayat 53)

No comments:

Post a Comment