Friday, February 26, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ana memulakan bicara, ana ingin mengucapkan SALAM MAULIDUL RASUL kepada sahabat2 yang ana kasihi sekalian. Moga kalam ini dapat memuhasabahkan diri kita unuk lebih mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. InsyaAllah. Please Enjoy :)

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, ana berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

•Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
•Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
•Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
•Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
•Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
•Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
•Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
•Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
•Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah
•Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib..


USIA 8 TAHUN

•Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
•Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
•Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
•Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
•Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
•Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

•Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
•Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
•Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
•Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
•Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
•Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
•Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
•Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
•Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

•Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
•Khadijah Binti Khuwailid
•Saudah Binti Zam ' ah
•' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
•Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
•Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
•Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
•Zainab Binti Jahsy
•Maimunah Binti Harith
•Safiyah Binti Huyai bin AkhtabZainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Tujuan megkaji riwayat hidup Rasullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ini adalah satu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian menyesuaikannya dengan contoh khalifah Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

Yang bermaksud:
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (uswatun-hasanah), iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (Al-Ahzab 33:21)

Wallahualam

Tuesday, February 9, 2010

Dunia Tanpa Azan


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memulakan bicara, ana ingin sentuh sedikit berkenaan Paper/Majalah yang ana baru ketahui.. Selepas tamat kuliah pagi, ana mahu pulang asrama. Sebelum pulang, sempat lagi ana melihat sekumpulan orang berbaju oren sedang mempromosikan sesuatu kepada pelajar2. Terdetik di hati ana untuk turut melihat. Kemudian seorang ukhti mendekati ana, menunjukkan satu akhbar kepada ana.. Menurut beliau, akhbar ini baru sahaja diterbitkan. Tertarik dengan akhbar itu, ana membelinya.

I LUV ISLAM, nama akhbar diberi. Diterbitkan oleh kumpulan karangkraf dengan kerjasama laman web iluvislam yang selalu sahabat2 layari. Antara isi kandungan yang ana gemari ketika membaca akhbar ini ialah on sudut Agama & Sains.

Terfikir sejenak tatkala membaca head title ruangan itu. Apa akan terjadi kepada dunia apabila tiada azan berkumandang. Menurut penulis artikel, Dr Azhar Sarip.. Jika suatu hari nanti tiada azan, dunia bakal tidak keruan. Itu tandanya kiamat.

Azan akan berkumandang 24 jam 7 hari tanpa henti di bumi. Itu salah satu tandanya kekuasaaan Allah s.w.t yang kita x nampak dgn mata kasar. Azan bukan sekadar petanda waktu solat, tetapi lebih dari itu.

Jika bayi baru lahir, kita azan. Jika ke Mekah, sebelum keluar rumah kita azan. Dan Sebelum seseorang dikebumikan, kita mengazankannya sebelum keluar meninggalkan rumah yang diduduki.

Azan itu menjadi pengingat kepada kita bahawa Allah itu Esa dan Hebat. Menurut Dr. Azhar, 90% drpd penduduk dunia dudk dalam tekanan. Apabila azan dilaungkan, gelombang ini menjadi stabil sekaligus menurunkannya ke gelombang theta.

Jika azan tidak berkumandang lagi, nescaya tiada lagi gelombang yang dpt menstabilkn bumi. Astagfirullah, mudah2han kita dijauhkan dari musibah ini. "Ya Allah, kepadaMu aku berserah dan bertakwa.Allah Maha Besar, Allah Maha Besar"

Thursday, January 28, 2010

AL-QURAN



Praise and glory to Allah (he who said) in his exalted book : ( Say: If the whole of mankind and jinns were to gather together to produce the like of this Quran , they could not produce the like thereof , even if they backed up each other with help and support ) al-isra 88

The Holy Quran ..the book of Allah the exalted ..the absolute creator ..the supernatural knower .. who knows how mankind do , their present also their future ..so no doubt it included in-between its borders from each example [S1] ..and the miracles of the Holy Quran is remaining until the day of judgment .. that is everyday more and more of its miracles are discovered ..but sorrowful we abandoned them and didn’t give them their rights ..from those many miracles The miracle of the numerical Quran which leaves no way to any wise man to doubt about it , so if it was from Mohammad’s words ( peace of Allah be upon him) from where could he had all these abilities .

Here you are some of the discovered numerical miracles of some words that mentioned in the Holy Quran ( copied from the book of professor Abdul Rzak Nofl) :

- The word Life was repeated 145 times / Death repeated 145 times
- The word Righteousness 167 / Evil 167
- Life of this world 115 / Hereafter(life to come) 115
- Angles 88 / Devil 88
- Guidance 79 / Mercy 79
- Tribulation 102 / Patience 102
- Peace 50 / Good and pure 50
- Manifest (open in speech ) 16 / Publicness 16
- Iblis 11 / Refuge with God 11
- Merciful 114 twice the word Gracious 57
- Forgiveness 234 twice the word Reward 117
- Righteous 6 twice the word Wicked 3
- Relief 36 , 3 times Difficulty 12
- They said 332 / Say 332
- Man (singular) 24 / Woman (singular ) 24
- Misfortune 75 / Gratitude (grateful) 75

In the exact middle of the long Sura" al baqarh" which consists of 286 verses , and if we want to know the verse which comes in the middle of the Sura of course it will be the verse number 143 and there is no wonder about that but if we read this verse which says ( Thus have We made of you an Ummat justly balanced that ye might be witnesses over the nations ) the phrase "Ummat justly balanced "was expressed in Arabic language as a middle nation

Human being "al-Insan" consists of 7 letters and he is created in seven phases as in the verses:

(Man We did create from a quintessence (12) Then We placed him as (a drop of ) sperm in a place of rest , firmly fixed ; (13) Then We made the sperm into a clot of congealed blood; then of that clot We made a (foetus) lump ; then We made out of that lump bones and clothed the bones with flesh :the We developed out of it another creature. So blessed be God, the Best to create ! ) al moumenon 12-14

And we can find that the first Sura in the Holy Quran "al -fateha" which says :

( In the name of God , Most Gracious , Most Merciful (1) Praise be to God , The Cherisher and Sustainer of the worlds (2) Most Gracious , Most Merciful (3) Master of the Day of judgment (4) Thee do we worship , and Thine aid we seek (5) Show us the straight way (6) The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace , Those Whose ( potion ) is not worth , And Who go not astray (7) )

consists of 7 verses including "In the name of God .. .. .." or "al-bsmalah " it has been considered a verse , and it is repeated in every Sura except for Sura "al-tuba" .. and it doesn’t considered in all of them as a verse ,as for "al -fateha" it is seven verses with "al-bsmalah" and six only without it.

and ALLAH knows all

Reference : "New scientific and numerical miracles in the Holy Quran"
Written by : Dr. Rafik Abu Asoud

Wednesday, January 27, 2010

Travelog Haji


Membaca buku ini mengingatkan kembali kenangan ana semasa berada di Tanah Suci Makkah. Syabas kepada penulis. Ana suka baca buku ini :) Wallahualam..

TAJUK: TRAVELOG HAJI, MENGUBAH SEMPADAN IMAN
PENULIS: MUHD KAMIL IBRAHIM(PENSYARAH FAKULTI PERAKAUNAN UITM SHAH ALAM)
PENERBIT: PTS PUBLICATION

Saturday, January 16, 2010

Wednesday, January 13, 2010

Untukmu Wanita



-dihasilkan oleh pelajar terbaik sarjana Fiqh, menjawab permasalahan wanita
-opinion:
~sesuai bagi golongan remaja khususnya mahasiswa
~menjawab isu2 kontemporari yang diutarakan oleh siswi malah siswa sendiri
~mudah difahami dan dikukuhkan dengan dalil Al-Quran
~SOALAN MEMBUATKAN ANA BERFIKIR.. HMM..MCMANA YEA? HASIL JAWAPANNYA "A'AH BETUL JGK TU, BETUL3"

Sebagai siswi, ana sarankan agar mahasiswa diluar sana mendapatkan buku ini, sedikit sebanyak membimbing diri kita dan juga sahabat2 lain. WALLAHUALAM

TAJUK:UNTUKMU WANITA
PENGARANG: ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
PENERBIT: GALERI ILMU

Monday, January 4, 2010

Rahsia jumaat 2009/2010


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sememangnya Jumaat adalah hari kebesaran Islam yang digalak kita untuk memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kpd Allah s.w.t pada mlm jumaat lg. permulaan 2009 jatuh pada khamis bermakna pada mlm jumaat 1 januari, sudah dipanjat doa dan cuti umum, lalu hari ptama bekerja dgn semangat baru adalah 2 jan iaitu Jumaat.

Maulidul rasul pada 9 mac, israk dan mikraj pada 20 julai, nuzul al-quran pada 7 september dan aidilfitri pada 21 september semuanya jatuh pada hari isnin dan semeamgnya baik utk permulaan hari. Awal ramadhan pula pada 22 ogos adalah pada sabtu tetapi pada Jumaat 21 Ogos, solat tarawikh dimulakan utk mlm pertama, sekaligus cuti sekolah.

Menariknya bila Aidiladha dan awal Muharam 1431H jatuh pada 27 nov dan 18 dis jatuh secara kebetulan pada hari Jumaat. Lebih bermakna 1 jan 10 juga pada hari jumaat dan menariknya pula terjadinya kejadian gerhana bulan pada sepertiga malam jumaat itu sendiri yang jarang sekali berlaku. Dan dengan itu solat sunat gerhana juga diadakan untuk mensyukuri dan memuji kebesaran Allah s.w.t. lebih indah lagi, Maulidul Rasul pada 26 feb juga jatuh pada hari Jumaat.

Moga umur kita panjang untuk aidilfitri tahun ini yang InsyaAllah akan jatuh pada 10 sept iaitu Jumaat juga. Moga hari Jumaat yang barakah ini memberi umat Islam ganjaran pahala yang besar dari Allah s.w.t
Original: metroAhad 27 dis 09